Saturday 13 December 2014

PUSAT REKREASI TUPAH

Tupah merupakan salah satu kawasan peranginan yg terletak di daerah Merbok.Merupakan kawasan perkelahan yg sgt menarik kerana terdapat air sungai yg jernih mengalir deras.Alangkah damai dan tenangnya bila berada disini jauh dari hiruk pikuk bandar.Untuk kami setiap kali balik kampung mesti datang kesini ibarat kata mandi sungai merupakan aktiviti wajib bila balik kampung sama jg mcm mee rebus semeling yg dlm post sblm ni merupakan menu wajib yg mesti pergi beli bila blk kg.





SEMELING,KEDAH TUA

Semeling merupakan satu pekan kecil yg terletak diantara daerah Merbok dan Bedong..Menyusuri jalan pekan Semeling hanyalah deretan2 kedai dan rumah yg kebanyakan adalah kaum Cina namun disini ada 1 keunikan iaitu di lorong belakang rumah2 dan kedai terdapat lukisan 3D yg sangat menarik.Lukisan2 ini di lukis di dinding dan pintu2 rumah tersebut.Di Semeling juga terdapat satu kedai Mee rebus yg sgt sedap..utk sesiapa yg datang ke Semeling atau melalui kawasan ini blh sgh ke kedai makan yg menjual mee rebus ini kerana pasti anda akan puas hati dgn keenakannya..
Kami berkesempatan juga lah  menjengah ke sini.









Friday 12 December 2014

kenduri menyambut menantu makcik

Jomlah layan picture...nak cerita apa pun xtau just nak wish 2 both of u selamat pengantin baru..selamat menempuh alam perkahwinan...





Cerita Ini...

Kisah ini dalam perjalanan hidup yang singkat.Minggu2 terakhir persekolahan menyebabkan semangat untuk mengajar dah semakin kelaut semangat nak bercuti je lebih..Cerita 3 minggu lepas dah bercuti sebab dijangkiti chicken pox..seminggu berehat dirumah datang je ke sekolah terus kena pergi kursus..penatnya lah..anak2 tinggal jer dengan mr mama...seronok pula anak2 dok dengan papa..tapi yg x bestnya kain baju bertimbun2 nak kena basuh,lipat dan kemas..sampai saat ini kain baju masih transit di dalam bakul x masuk almari lagi..Sesetengah orang kain yg bertimbun rumah yang bersepah tidak memberi kesan kepada kehidupan tapi bagi kita ni masalah paling besar ialah apabila rumah bersepah dan kain baju bertimbun..x boleh hidup rasanya dalam keadaan tak kemas..so diri sendiri yg akan penat.Semuanya nak teratur dan kemas..susah ni manusia camni.Datang sekolah banyak pula laporan yang kena buatnya and hari sabtu pun berkursus lagi di sekolah..semangatnya manusia2 di sini..sangat2 berintegriti..
Luahan perasaan daripada seorang ibu yang bekerja..memang syabas tahniah dan seangkatan dengannya lah untuk2 ibu2 yang bekerja dan masih sempat menguruskan rumah tangga macam saya..
Entri yang terbengkalai hujung tahun sebelum cuti tapi di beri nafas baru untuk menyuntik semangat baru bagi permulaan tahun baru yang semakin mencabar..beban kerja akan semakin bertambah.Semoga tahun hadapan tidak merumitkan dan semuanya berjalan dengan lancar...


Selamat Pengantin Baru ADIK n ABANG

Selamat pengantin baru buat adik n abang..stp thun mst ada yg melansungkan perkahwinan..kita tunggu tahun depan sape pula yang akan menyusul.Tahniah buat semua warga anak cucu tok timah bkerjasama menjayakan majlis ni.Kami yang ada anak kecik x dpt le nk tolong banyak..stkt yg mampu jer..so far event sgt meriah,pelbagai juadah ada...dari nasi hingga ke kuih muih...terbaik lah. So sape2 yg nak kahwin next year kita wat mcm ni jg la pelbagaikan menu dan pakaian of course kna sama warna baru sedondon hehe tapi thn ni k.chaq jd x sma la plak xpelah..so jom layan picture..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...