Monday 23 December 2013

Fourpoint By Sheraton...

       Di kesempatan cuti yang masih berbaki beberapa hari ni sempatlah juga menerjah ke Pulau Lagenda iaitu Pulau LAngkawi.Tujuan ke Pulau Langkawi pun bukannya untuk berjalan-jalan pun sekadar berehat dan menghabiskan masa berdua je.Kadangkala berdua itu perlu kerana dah lama masing-masing dengan urusan kerja dan keluarga.Sekali sekala mengimbau nostalgia apa salahnya..jadi untuk itu bagi menepati tema honeymoon chewahh so Fourpoint By Sheraton menjadi pilihan. Nak duduk Sheraton macam terlebih duit le pula walaupun ada tapi baik digunakan ke arah lain..bersederhanalah dalam melayari kehidupan so I decide Fourpoint is suitable.Fourpoint merupakan hotel yang agak baru dulu dikenali sebagai Langkasuka Hotel...mungkin pengurusan baru so wajah pun baru.Terletak di Padang Mat Sirat dan hiasan dalaman simple but very nice...Restoren hotel  berhadapan dengan kolam renang dan laut...Melangkah masuk ke bilik menyebabkan diri ini puas hati lah dengan harganya kerana bilik luas,hiasan dalaman simple dan dapat melihat pemandangan laut..sedapnye mata memandang ciptaan Tuhan yang tak ternilai harganya..laut yang terbentang luas.

        Kami bertolak dari rumah dalam pukul 6.30 am kononnya nak dapat tiket feri awal ke Langkawi dari Jeti Kuala Perlis.Padahal naik dekat Kuala Kedah pun boleh tapi taknak duduk lama dalam feri so kami pun naik dari Kuala Perlis.Tapi disebabkan cuti sekolah pelancong terlalu ramai tiket paling awal pun kami boleh dapat dalam pukul 11.15 so nak taknak tunggu la juga sampai pukul 11 lebih.Dah puas melepak kat Kuala Perlis and finally dapat la naik feri. Feri di Kuala Perlis semakin besar boleh memuatkan penumpang yang ramai dan pengurusan pun ok.Setelah hampir sejam dilambung ombak tapi tak terasa sangat pun sebab feri besar..akhirnya sampai juga ke Pulau Lagenda...first place kami honeymoon dulu tu pun sebab lepas kahwin 3 hari terus kena datang Kursus BTN kt Langkawi jadi honeymoon lah sekali...so dapat lah mengimbau kenangan dulu-dulu...tapi masa tu masing2 slim jer sakarang haha biar gambar berbicara..sekejap je masa berlalu kan dah 3 tahun kami mendirikan rumah tangga dan keserasian semakin bertambah.
       Sampai jer my hubby terus jumpa pakcik Ismail untuk ambil kereta..kali ni sewa VIVA jer sebab senang nak cilok memandangkan orang sangat ramai jalan jem..so kira buat pilihan yang tepat juga lah sebab senang nak cilok2..perut masing2 dah menangis minta diisi makanan especially perut mama ler huhu...so terus google cari tempat makan best dan ramai orang cakap tempat ni best.Kami pun terus ke sini..Makan tengahari yang biasa jer tapi tomyam mesti ada...wahh memang sedap lah tomyam dia menjilat jari..rugi tak order macam2 lagi hehe...Selesai makan terus ke hotel dan check in serta rehat sepuas2nya..
Kuala Perlis



Wan Thai Restaurant,Langkawi

       Malamnya perut berbunyi lagi kami decide untuk ke Restoren Nelayan tu pun sebab menggunakan khidmat En Google,banyak komen cakap sedap so kami pun apalagi menerjah lah ke sana..Restoren ni tepi pengkalan tempat bot2 naikkan ikan dikelilingi pokok2 bakau.Bukan restoren yang berkonsep ler sekadar restoren biasa tapi mari kita cuba samaada indah khabara dari rupa ataupun tak.Kat sini kena order di bahagian dibelakang restoren kita boleh pilih apa kita nak makan.Kami  ambil siakap yang sedang2 seekor,udang,sotong dan tambah sayur kangkung goreng  serta tomyam ayam.Makanan kat sini oklah takde le sesedap tomyam kat Wan Thai tadi..ni versi melayu jer tapi ikan dia memang fresh..Harga pun berbaloi tak mahal sangat so kira oklah cuma for me tomyam dia biasa jer...Then kami teruskan aktiviti meronda2 di Pantai Chenang maklumlah berdua so bolehlah merewang2 ala2 sweet couple gitu haha...
Medan Selera Nelayan Kg Bukit Malut

        Esoknya selepas breakfast sambil menikmati keindahan pantai kami ingatkan nak pergi Island Hoping dan lewat petang baru nak balik tapi selepas telefon mak tanya pasal budak2 ni mak cakap adik Qayyim demam asyik dok panggil mama papa jer so kami pun cancel semua aktiviti..jomlah kita balik huhu. Selepas check out then trus ke jeti mujurlah ada tiket pukul 1.45.Next time lah kita mai pula untuk p snorkeling ke apa ker so jom balik dulu...Sampai Kuala Perlis dalam pukul 3.00 then ambil kereta terus balik tapi sempat lagi la singgah pekena nasi kandar Hj Ramli dulu kat Simpang Empat Kangkung..The best Malay Nasi Kandar..Sapa2 yang mai area Aloq Setaq boleh try singgah sedap dan harga pun tak mahal...
Nasi Kandar Hj Ramli,Simpang 4 Kangkung

          Cukuplah dua hari satu malam walaupun singkat tapi cukup bermakna thanks my dear sebab sponsor belaka hehe..Walaupun usia makin meningkat,saiz makin bertambah tapi kenangan itu sentiasa bertamu di hati..bertemu,mengenali bersahabat,menjadi suami isteri dan bercinta...biarkan setiap hari yang dilalui seperti hari pertama kita diijabkabulkan..semoga kasih sayang ini dapat dibawa hingga ke jannah..Let's picture talk



Penutup tirai 2013...tahun depan dengan semangat dan azam baru dalam memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik..Thanks to my hubby..

Friday 20 December 2013

Pulau Pangkor....Destinasi budjet


    Setelah lama merancang,survey tentang harga dan finally berjaya juga kami "Geng Anak Cucu TokTimah" pergi bercuti ke Pulau Pangkor..Sebenarnya idea ni dah lama diutarakan so K.chaq & B.chaq selaku travel agent memulakan aktiviti meng servey..and finally ini hasilnya..walaupun 2 hari 1 malam tapi sangat bermakna buat kami. 

Geng rombongan di Jeti Lumut & dlm Feri

     Setelah semua ahli rombongan berkumpul di rumah Maksu So kami bertolak pada pukul 7.00 pagi..Semua ahli naik keter masing2..K.chaq and family,Makcik,Maksu dan keter Makndak Yah..Ok perjalanan pun bermula then singgah di R&R Gunung Semanggol untuk breakfast dulu.Masing2 bawa makanan macam2 ada..pukul 10.30 kami bertolak ke Lumut..Alhamdulillah perjalanan sangat lancar.Feri pukul 1.45 so semua excited ni hehe especially anak2 I ler.Sampai di sana dalam pukul 2.30 then ambil van Pink ke chalet.Penat dan lapar nie so sampai di chalet kami pun berkelah makan tengahari pula..
   Selesai solat,makan then kami pun mengumpulkan semua ahli untuk aktiviti seterusnya iaitu snorkeling..ada yang xnak pergi tapi selepas diajak semua ahli setuju untuk pergi..Kami dibawa mengelilingi beberapa pulau then singgah pada satu  pulau kecil untuk mandi manda dan snorkeling di sebelahnya..
       Ahli-ahli nak p snorkeling 
 Di pulau kami mandi dan snorkeling
 Qaisara & Qayyim terlebih excited
muka takut naik bot 

     Dalam pukul 5 lebih kami balik dari mandi manda and anak2 dara sempat lagi beraktiviti di pantai plak...penat dah then balik bilik mandikan anak2 berehat sekejap.Petang tu sementara menanti matahari terbenam sempat lagi mama ngan papa p pekena nasi goreng kampung dulu hehe...malam nanti nak berbabeque plak...kekenyangan kami malam tu ada ayam,ikan siakap,sotong bakar..tambah dengan nasi goreng dan sausage..sedap sungguh ayam maksu tapi apakan daya perut sudah kekenyangan..Selesai aktiviti bakar membakar kami yang beranak pinak nie mula la nk bagi anak2 tido sebab maka bapak pun dah letih,yang anak2 dara bleh la keluar shopping hehe...
 Dating time
 Barbeque time
Macam2 ada

    Aktiviti esok pagi adalah bebas ada yang p sewa motor naik motor mengelilingi pulau,ada yang dok sambung tidur dan ada yang p mandi laut lagi..Tak terkecuali kami nak mandi laut lagi macam x puas jer mandi semalam so apalagi sebelum balik p main ombak dulu...Ombak boleh tahan kuatnya pagi nie..Jam pun dah menghampiri pukul 10 so kitorang balik ke chalet siap2 utk berangkat pulang. Kami bertolak balik pukul 11then sampai di Lumut pukul 11.30..Semua ahli boleh pergi jalan2 shopping and makan tengahari sekali sebab makan tengahari sendirian berhad hehe..Pukul 1 kami bertolak dari Lumut..plan nak singgah Zoo Taiping tapi apakan daya Allah tidak mengizinkan. Kita merancang Dia yang menentukan segalanya..Dalam perjalanan pulang dekat area Setiawan keter makndak pulak tayar bocor..mujur penumpang semua selamat cuma keter jer tak selamat..nak dijadikan cerita Arisa plak pitam hehe mujur depan klinik waktu tu..so kami pun berkampung le depan klinik dulu menunggu Arisa ok hehe..Singgah dulu kedai tayar untuk tukar tayar..so x jadilah pergi zoo sebab dah lewat.
 Tukar tayar dulu

On the way balik singgah dulu beli durian,cempedak rambutan..maklumlah pakat kempunan nak makan durian hehe.

Durian Changkat Jering
      Semua dah kepenatan nampaknya so secara rasminya tak jadi la pegi zoo next time kita pergi..Kami sampai di rumah dalam pukul 9 malam..Alhamdulillah walaupun macam2 dugaan tapi semua selamat sampai..Kenangan yang terindah untuk tahun ini tahun depan kita buat lagi..Thanks to all my family..semua sporting and bagi full comitment..Nampaknya tahun depan boleh lagi k.chaq jadi travel agent..
   
 PS:  Liyana Villa sangat sesuai untuk percutian budget..bilik luas,owner mesra dan senang kira sangat dekat dengan pantai..Klu nak p snorkeling better bawa makanan bnayak2 sebab makanan di pulau sangat mahal..Nak snorkeling pakailah kasut getah baru tak luka kaki..

Sunday 15 December 2013

New HairStyle

       Harini Qaisara berubah wajah dengan image baru...Imej Pulau Pangkor kot... Mama beria sampai ke Centre Square usung anak dara dia ni pi kerat rambut. Hasil nyer.....Jeng jeng jeng....


Tuesday 10 December 2013

Anak Beranak Memancing

        Kami pi mancing kat bendang arinie...Abis semua bawak pi sana. Anak menantu dan cucu.....Qaisara dengan Qayyim bukan main excited lagi ...Biarkan gambar berbicara...

Bukan main bergaya lagi Anak Dari kami nie


Mama pun sama naik

Letih dah dua beradik nie



Destinasi pertama....PULAU PINANG....

Destinasi pertama smpena cuti sekolah thn ni  "Penang".Walaupun singkat tp sgt bmkna penat,letih,suka,happy and mcm2 perasaan..Penatnya sbb dok berkepung kanak2 ribena dua org ni huhu..lengan smpi bngkak sbb dok dukung diorg mklumlh org ramai xkn nak biar je kang hlg plak ank hlg...
       Meh nk story skt utk pnduan sape2 yg nk pegi jln ke Penang...hmm bertolak dr Kedah pukul 9.00 spttnya klu ikut tentatif pukul 8 am nk gerak dah tp anak dara km wat hal pulak dok ngamuk xnak mandi..so lwt lh gerak.First destinasi Bukit Bendera..so ktrang smpai kt Bkt Bendera around 10.30 tp punyalah payah nk cari parking sbb org ramai sgt..Mujur km pergi dgn abg young yg bsmgt waja klu hrap kami jer mmg dh give up...thanks abg young.Dah dpt parking then msk cr tket plak..mak aiii panjangnyer beratur tp dsebabkn ada abg young yg bsmngt waja so bjaya jg naik Bukit Bendera..utk sape2 yg ada anak kecil yg aktif mcm anak ktrg better klu nk pg jgnlh pegi time cuti sbb ramai sgt org... mmg tseksa huhu nk mngwal diorg...tp apapun sgla kpyhn dtempuhi jg and finally bjaya jg berada di puncak pada pukul 12.00pm.Slps ronda2 kt atad tu then turun smla...ingatkan anak2 dah letih tp rileks jer huhu so kitorang trus ke Hydro Hotel utk check in.
         Pukul 3.30 check inn kt Hydro Hotel waaa ala2 Love U Mr Arrogant lh hehe...Dpt lak bilik seaview emm mmg best lh mlht keindahan ciptaan tuhan.Bilik luas cuma ktil je kcil sgt tp puas hati lh..Ingtkn ank2 nk tido sekali pakat dok main2 masuk dlm almari plak..haiii mcm2 anak2 km ni..petangnyer mandi kolam..malamnya ingat nak pegi night market kt batu feringgi sekali adik tidur lak huhu so mama dating ngan papa jelah d tepi beranda.
         Esoknya pas check out kitorang pusing satu pulau...otw tu jmpa org jual durian apalagi pekena durian dulu..emmm marvelous sgt.rugi papa x makan durian.Kui 4 ptg kitorang pn bertolak balik,kami blk utara abg young balik selatan..semoga selamat sampai

Sunday 1 December 2013

CHERATING...

Cepatnya masa berlalu dah masuk 1 Disember tgl lagi beberapa hari untuk melabuhkan tirai 2013...Tahun baru bakal menjengah beban kerja makin bertambah,anak2 mkin membesar,usia semkin bertambah dan harusnya bekalan untuk dibawa kesana juga semkin bertambah kerana kita tidak tahu bila kita akan di jemput pulang ke taman abadi..
Banyak sebenarnya ciptaan miliknya yg bila dipandang dan kita memujinya maka akan terlahir satu perasaan syukur pdMu dan hebatnya Yg Maha Kuasa menjadikan sesuatu di alam ini...
           Sepetang menyusuri jalan ke Cherating melihat ombak menghempas pantai...diri ini sgt teruja bila mana melihat ciptaan Yg Maha Esa...cantik sgh pemandngannya siap ckp kt En Hubby ,mama teringin la nk duduk rumah kayu yg banyak pokok kelapa yg pasirnya putih dan menghadap ke laut...cantiknya...En Hubby buat lawak " payah apa bwa katil p dok tepi pantai ok apa haha"..amboi x dak jiwa seni lngsung papa nie..k lah En Hubby pn bawa p setiap resort kt cherating then tgk memenuhi standard piawaian mama ke x..klu memenuhi nanti kita p booking dok kat situ barang semalam dua...hehe.
          Apabila En Hubby siap masuk ke setiap resort di cherating...emm ada satu resort tu nama dia Kampung Inn mmg mcm kg siap ada pokok nyoq dh tp x cntik lk mcm x laku jer hehe...Riverside 3rd point emm mmg mnghadap ke laut tp klu dtg rmai2 berbaloi ler..ekspedisi di teruskan ada satu resort tu mmg privacy mghdap laut betul2 emmm tlupa la plak apa namanye.Hari pn dah smkn lewat hujan mula turun jomlh kita balik,sempat lg tu masuk Impiana,Holiday Villa...dah pnuh le plk klu x mmg booking utk tido kt sini semalam.Xpelah next time lh so otw balik sgh beli keropok leko dulu..kt sini mmg bnyk orang jual keropok lekor di tepi2 jalan tapi kitorang suka beli keropok leko n kropok kering Cap Kren...stp kali dtg cherating mesti akan singgah kedai ni beli keropok.

NIKE LUNARLON

   NIKE LUNARLON...ringan,kemas dan sedap mata memandang.3 faktor yg mnyebabkn mama teruja nak bagi pd papa memandangkn papa kita ni ssh sgt nk bli kasut klu beli gajet bape riyal pn boleh..dah minat nk wat mcmmana kn.Stp orang ad pa minatnya masing2,my hobby mmg ska beli kasut so manfaatknlh hobi ni utk bsama.Rasa satu perasaan luar biasa bila tgk bnyk kasut tersusun dlm rak hehe....Ciri-ciri mama punya kasut mst ada something ats kasut tu x kira la bunga ke,riben ke...x profesionl lngsung huhu...fancy ajee.So back to story..hope papa rasa selesa la ye bila pkai kst ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...