Wednesday, 14 May 2014

RUANG DAPUR

Bila berbicara bab dapur semua orang mesti nak dapur yang kemas dan bersih. Bukan senang nak pastikan dapur kita sentiasa dalam keadaan yg kemas dan bersih tapi bukan itu alasan utk tidak menjadikan dapur kita bersih.Time masak jangan longgok2kan pinggan mangkuk dalam sinki sambil masak sambil basuh dan kemas.Makesure setiap kali lepas masak lap dapur dan keseluruhan bahagian dapur.Bila guna barang seperti kicap,sos atau garam pastikan letak semula pada tempatnya.So semua kerja akan jadi mudah.
Panjang betul mukadimah bab dapur ni sebenarnya nak cerita bab makeover dapur.Sebelum ni di dapur basah xde sinki so terpaksa la setiap kali masak berulang alik ke bahagian sinki depan utk membasuh bahan2 masakan.Penat la tu yg jadi malas masak tu...alasan semata2.Nak buat sinki mahal2 mcm x mampu jer so kami laki bini ni mula la mengmakeover..biarlah nampak biasa tapi memudahkan kita.Kami ni suami isteri bukan jenis high taste sgt cukup apa yg ada jer..so tu yg terjadi sinki begini hehe...thanks papa sebab berhempas pulas buat paip tu.Mudah dah kerja masak memasak saya.

IKEA..Second Trip

Sempena dengan cuti hari Wesak aritu rasa dah tak tahu nak ke mana tapi nak pergi berjalan2 so apalagi cadangan yg bernas dari mama..kita terjah IKEA bersama2.Tengah2 bulan pergi Ikea hebatnya haha mcm lah ada duit saja je pergi berjalan2 memenatkan badan.Pukul 7.00 bertolak dari Kuantan dan sampai sana dlm pukul 11.00.Puas nak mencari parking ramai sungguh manusia..finally dpt la juga parking selepas berkali-kali memusing cari parking.
Naik dulu ruang pameran orang sangat ramai..adik x boleh berjalan sendiri kang x pasal kejap lagi ada orang hilang anak..tambah pula adik nak berlari jer.so papa la dok pikul adik silap hari bulan x boleh drive balik kuantan coz lenguh tangan,walaupun kurus je adik tu tapi berat kemain.
Banyaknye barang yang menarik minat di hati especially perabot.Tapi memandangkan orang yg bersesak ramai tambah pula nak menjaga 2 orang ni so kita tgk jelah papa ek..papa dah berkenan habis dahtu hehe...



Barang2 yg berkenan tp xpelah next time lah kali ni susah nk mengangkut nk berbayor pun terpaksa tunggu berjam2..so hanya shopping barang2 remeh temeh jer cuma puas hati jugablah dpt beli karpet yg memang lama dah nak beli.
Anak2 ok lah xde buat perangai sangat cuma x dapat nak makan meatball ikea sbb manusia terlalu ramai tempat duduk pun dah x ada.Next time lah kita pergi lagi..

Friday, 9 May 2014

SUDUT ISTIMEWA RUMAH

Wahhh...tengok tajuk sudut istimewa rumah tu..maksudnya tempat tu memang menjadi favourite bagi seisi keluarga.Dalam rumah semua tempat boleh dikatakan istimewa sebab RumahkuSyurgaku lh katakan hehe tapi utk mama mestilah tempat yg paling berkait rapat dengan susun atur dan banyak masa dihabiskan disitu..Disitu juga mesti kena sentiasa maintain kemas kalau tidak memang akan dpt penyakit jiwa kacau hehe.Dalam rumah ni ada 3 bilik dan 1 bilik berfungsi sebagai bilik pakaian.Kenapa pentingnya bilik pakaian ni?chewahh mcm skema jer..ok dalam bilik pakaian ni ada satu katil bujang sebab tak tahu nak letak mana so letaklah kt sini, penat2 iron baju leh baring barang seminit dua.Dalam bilik ni juga ada satu iron board yg agak besar tapi xpe dah nama pn bilik pakaian mesti kena ada alat yg paling penting iaitu iron..Dulu dlm bilik ni ada banyak rak2 yg beli kt Giant tu tapi skrg kami susun semula dgn cara menggantungkan rak2 kecil tu ala2 kabinet build in...nak buat kabinet yg mahal2 tu xde lah so kita makeover jer yg mana ada.
Susunan atas utk buku dan bawah utk pakaian anak2 dan bawah sekali yg rak berwarna hitam tu utk simpan beg2 dan stok pampers 

Disebelah rak sy susunkan kotak yg telah berbalut comel...comel ke? emm sbnrnye tu kotak kertas A4 je.Satu kotak diletakkan kain tuala,kain telekung,cadar.Yang paling penting kotak mesti berlabel supaya mudah nak cari.
Di tepi pintu masuk saya tempatkan pakaian yang telah di iron utk dipakai selama seminggu termasuk baju kerja dan pergi jalan2.Abaikan tudung yg tak berapa kemas tu yg tersangkut di sebalik pintu.Tudung utk ke tempat kerja.

Sebenarnya first time nak masuk peraduan kt blog susunatursioca tu so update lah pasal bilik ni,x tahulah bertepatan atau x...tak comel mana pun bilik ni tapi i sangat suka sebab bila bilik ni kemas jiwa raga ku juga akan bersemangat tapi kena tenaga lebih sikit utk memastikan setiap hari bilik ni sedap jer mata memandang...

Thursday, 8 May 2014

Makeover Laundry Area

Laundry area yg macam tongkang pecah so kena buat sesuatu supaya kawasan ini menjadi lebih menarik dan sedap mata memandang.
Perkara pertama yang perlu dilakukan  ialah mengeluarkan semua barang2 dan lakukan 5S yg pertama iaitu sisih.Barang yg tak berguna boleh dibuang dan yg msh elok blh disimpan tetapi bagaimana nak mendapatkan susunan yg kemas,itu yg susah sikit.
Kedua ubah kedudukan mesin basuh,rak besi,dan kotak2 yg terdapat di situ.
Seterusnya kita tgk skt picture slps susun atur yg tak siap lg ni..banyak lg nak makeover ni kiranya ni baru 60% lah.



Slpas 60% tapi masih lg tgh berfikir mcm mana nak pastikan susunan sudut tepi tu nampak kemas sebab kat situ semua barang2 anak2 spt stroller,tab mandi.Pasni nak let go belaka..jual murah2 sudah.Terfikir juga cara lain utk memastikan nampak kemas ialah pasang langsir..settle masalah hehe.Ingat nak tambah shelf di atas rak kayu tu utk isi bunga2 skt hehe..Thanks to mr hubby yg bertungkus lumus buat paip utk ubah kedudukan mesin basuh..

Wednesday, 7 May 2014

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA

Tudia tajuk gah nya kata orang Kedah...boleh tara tu hehe...sebenarnya entri ni dah lama terbuku di hati tapi tak reti pula nak mengolahnya dan mencoretkan.Banyak maklumat yg diperolehi daripada hasil pembacaan tapi sejauh mana kebenaran tak pernah la pula cuba..sekarang baru timbul kesedaran tentang pengurusan kewangan ni ke mana hala tuju kewangan kita,perbelanjaan dan juga merangkumi hutang piutang.Selalu bila dapat gaji guna sahaja dan tak thu ke mana pengaliran wang itu pergi sedar2 dah habis...semenjak 2 menjak ni suka sangat mencarai maklumat bagaimana nak menjadi manusia yg bijak menguruskan tapi masih lg tak bijak.Apa yang ditulis ini adalah hasil dari pembacaan dan pengamatan dan ada sesetengahnya telah dipraktikkan.
Terdapat banyak kaedah untuk mengatur dan mengesan serta menyimpan wang kita..tapi bagaimana?apa yang perlu dilakukan terutamanya bgi yg telah berkeluarga..ok ini adalah berdasarkan pembacaan jelah.

#wujudkan satu buku @fail untuk menulis setiap perbelanjaan pastikan anda menyertakan perbelanjaan tahunan dan perbelanjaan oleh suami dan isteri.
#setiap perbelanjaan harian mestilah ditulis supaya kita dapat mengesan kehadiran wang keluar dan dpt membuat anggaran perbelanjaan bulanan.
#beli barang ikut keperluan bukan kehendak 
#jangan buat hutang tetapi cuba untuk langsaikan hutang yg ada 
-utk bab hutang ni cuba senaraikan semua kategori hutang dan susun bermula dari sikit ke banyak.tanamkan niat utk selesaikan hutang bermula yg sedikit dahulu cthnya :
                     • hutang rumah 
                    •  hutang kereta
                               •  pinjaman pengajian
                            •  pinjaman peribadi
katakan pinjaman plg sedikit adalah pinjaman peribadi oleh itu letakkan sasaran utk melangsaikan htg ini terlebih dahulu.Jika jumlah hutang kita pada setiap bulan ialah RM 2000 maka peruntukkan 10% daripada RM2000 tersebut utk disimpan di dlm satu tabungan khas yg akan digunakan utk membayar hutang.Oleh itu kita akan menyimpan sbnyk RM 200.Contohnya jika kita berjaya melangsaikan hutang peribadi yg sepatutnya kita byr RM200 sbln,bulan seterusnya sepatutnya kita sdh tdk perlu membayar RM200 tapi sebaliknya ambil RM200 tersebut dan masukkan dlm tabungan khas so sekarang tabungan kita akan menjadi RM400 stp bln dan lakukan proses yg sma sehinggalah berjaya menyelesaikan sgla hutang.
#kumpulkan semua barang di rumah yg masih elok tetapi sudah tidak digunakan dan jual.
#buat kerja part time  cth yg pling mudah buat assigment GAPBuster
#Apabila berbelanja cuba simpan 10%daripada perbelanjaan .Contohnya shopping arini habis RM100 so ambil RM10 simpan.
#ada terbaca satu maklumat dia buat Kempen Hijau maksudnya jumpa duit warna hijau iaitu RM5 terus simpan
#Buat satu akaun khas iaitu utk duit masuk shj keluar tidak boleh.Nampak mcm kejam tp dpt mendisplinkan kita
#Jumpa perunding kewangan tapi utk org yg berdisiplin bolehlah klu mcm kami ni rasanya tak boleh kot sebab krg disiplin
#Solat dhuha smga Allah membuka pintu2 rezeki.turunkanlah apa yg ada dilangit dan keluarkanlah apa yg ada di bumi.

Ok so bolehlah kita amalkan bersama sebab kami pn x sepenuhnya buat begini sekadar perkongsian.Orang yang bijak menguruskan wang bukanlah org yg kedekut tetapi org yg boleh menikmati kehidupannya dengan baik dan dlm masa yang sama dpt menabung utk masa depan.Siapa kita pd hati esok ditentukan pada hari ini..sama2 kita bijak berbelanja..
Hai...dah rupa lecturer kewangan plak dah hehe apapun semoga dpt mempraktikkannya...


PRINZPARK KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu is the beautiful and nice state to visit..why?emmm cam pyh je nak tulis omputih hehe kita guna la bahasa ibunda demi memartabatkan bahasa kita sendiri..chewah ini ayat penyelamat ni.Ok  apapun x kisah lh ni nak story pasal hotel2 ni sebenarnya dah banyak kali pergi Kuala Terengganu ni first time dulu dengan kawan2 waktu lepas habis universiti lama dah tu..tu pun kami datang ramai2 dan menumpang di rumah Hajar my roommate kt Kg Tok Beng klu x silap..time tu baru dapat pergi jalan2 maklumlah waktu tu baru habis belajar nak tunggu praktikal n at the same time tulah juga terlayan seorg mamat ni maklumlh sbb dh abis blajar hehe wlpun sblm ni wat bodoh jer x ingin den sebab nak belajo dulu huhu tapi usah di kenang barang yg lepas..sekadar bercerita shj dan klu lah kngn itu dpt diulang tak ingin pun aku mengenali org itu...dahla buang masa jer emm mcm skt jer hati..bocor lak rahsia hehe tp en hubby memahami krna dialah bestfriend yg terbaik dan akhirnya jd my teman sebantal hehe...oklh pnjg pula melalutnya...sebenarnya nak cerita wlpun dah banyak kali pergi tapi masih rasa nak pergi lagi..sebab best shopping tapi kena la bawa duit banyak sikit.Setiap kali pergi mesti nak lalu jalan pantai sebab macam menarik je blh tgk laut yg terbentang luas dan selalu ckp kt my hubby teringin nak pergi satu tempat yg ada pantai memutih pokok nyiur melambai2 dan ada buaian sambil menghadap laut..tapi sampai sekarang x jumpa lagi ,ada semua tu tapi di pulau lah.Itu yang emm takut la pula nak naik bot.Hari sabtu lepas skdr pergi nak ambil ubat jer so xde lah nak shopping2 tambahan pula kt sana sangatlah panas.Kami duduk di Prinzpark Hotel Kuala Ibai..merupakan hotel yg agak baru.Hotel cantik, bilik luas tapi xde tab mandi..itu yg x best sebab anak2 klu pergi hotel mesti nak berendam dalam tab.Then kolam mandi hotel xde.Berhadapan dengan hotel ada pusat sukan yang menyediakan kolam mandi,gelanggang2 sukan tertentu.So kami pun terpaksa la membawa anak2 ke sana sbb tujuan nk duduk hotel sbb anak2 nak mandi kolam tapi kena berbayar la kalau nak mandi kolam ni.Dari segi fasiliti dalam bilik oklah tapi cuma makanan je x best..breakfast x banyak variati.So next time nak terjah hotel lain pula cukuplah sekali.Biasa jelah Prinzpark Hotel ni..nak show off skt gambar2nye...



 
Kalau ada umur panjang kita pergi pulau pula..mesti cantik kan tapi kena tunggu anak2 besar dulu.Sempat la pergi Pantai Batu Buruk dan kakak nak naik kuda..boleh lah naik tapi muka cam takut jer.

KLINIK MOHD SULAIMAN

Entri berbunyi macam ada kaitan dengan ubat jer..hmm memang pun nak cerita tentang satu klinik yg terdapat di Kuala Terengganu dan menurut orang2 yang pernah ke sana klinik ni sangat bagus untuk penyakit yg berkaitan dengan kulit..Almaklum la kita ni ada juga penyakit2 berkaitan kulit..especially adik qayyim pas mandi je mula la naik merah2 satu badan walaupun mandi x bersabun..satu lagi yime panas mula la bergaru -garu sampai berdarah.Mama pula jadi gatai kat belakang tangan dulu kecil je sekarang dah merebak.So menurut kata orang2 yang pernah ke klinik tu kalau macam gini penyakitnya insyaallah baik.Kami pun menerjah kesana sambil ambil ubat sambil jalan2 hehe..Dari Kuantan dalam pukul 10 so sampi sana dlm pukul 12.30 then terus menerjah ke Klinik..puas juga mencari sebab ada 3 klinik yg kami jumpa nama Klinik Sulaiman..then bila tanya yg arif rupanya Klinik ni nama Klinik Mohd Sulaiman terletak di Jalan Tok Lam di laluan utama nak ke Stesen bas dan di hadapannya ada kedai bunga yang menjual barang pengantin dan sebagainya..Berhampiran klinik Mohd Sulaiman ada Klinik Lenka klu x slp so boleh search gps je klu x tahu..sek yg bhampiran ialah SK Paya Bunga..ok..nak cerita betapa ramainya orang tp mujur nasib menyebelahi kami sbb waktu sampi klinik nak tutup utk rehat so km dapat nombor 3 utk sesi ptg slps rehat.Klinik dibuka semula pukul 3.30..so menunggu juga lah tp xde la lma sangat sbb dpt no 3..ok bla buka je pukul 3 tu orang dah ramai..hmmm mmg bkesan kot ubat doktor ni tu yg ramainya orang.Menurut doktor kami dua beranak ni terkena penyakit kulit iaitu ekzema tp lain2 kategori..doktor siap explain and tunjuk buku tentang ekzema lagi...bagus betul doktor ni.Menurut doktor ekzema ni merupakan sejenis penyakit kulit yang akan menyerang tidak kira peringkat umur.Kalau bagi bayi atau kanak-kanak penyakit ini akan hilang bila kanak2 itu berumr 5-7 tahun..tetapi bagi dewasa tiada had umur tertentu untuk penyakit ini hilang dan bergantung kepada cara kita mengubatinya..Individu yang terkena penyakit ini disarankan tidak menggunakan sabun mandi yg pH terlalu tinggi@sabun berubat contohnya Dettol,sabun susu kambing kerana akan menyebabkan ekzema ini semakin teruk.Pesakit juga tidak boleh berada di kawasan yang suhu terlalu sejuk atau terlalu panas dan kena pantang tidak boleh makan seafood klu nk makan dlm kuantiti yg kecil shj..Pesanan penaja hehe kalau nak ke klinik ini pastikan bawa duit yg mencukupi atau dlm erti kata lain bawa spare banyak skt hehe takut nanti tkejut mcm sy..sbb harga dia blh tahan la jg.Apapun x kisah janji baik dan harapan agar kami bebas dari ekzema...

Thursday, 1 May 2014

Second Child Syndrome

Tetiba pula nak mengoogle perangai anak kedua dan bagaimana cara mengatasi dan apa yang perlu dilakukan..memandangkan kami pun mempunyai anak kedua yg agak lain sikit perangainya dengan anak sulung....anak kedua ni kuat nangis,selalu buat perangai..rupa2nya anak kedua ni memang ada sindrom anak kedua...meh kita tgk skt ciri2 anak kedua berdasarkan kajian Dr Fadzillah Kamsah.
Anak yang lahir pada bulan April..

SGT AKTIF DAN DINAMIK
# CEPAT BERTINDAK BUAT KEPUTUSAN TETAPI CEPAT MENYESAL
# SGT MENARIK DAN PANDAI MANJAKAN DIRI
# PUNYA DAYA MENTAL YG SANGAT KUAT
# SUKA DIBERI PERHATIAN
# SGT DIPLOMATIK (PANDAI MEMUJUK ).BERKAWAN DAN PANDAI MENYELESAIKAN MASALAH ORG
# SGT BERANI DAN TIADA PERASAAN TAKUT
# SUKA ADVENTURE, PENGASIH, PENYAYANG, SOPAN SANTUN DAN PEMURAH
# EMOSI CEPAT TERUSIK
# TRY CONTROL THE EMOTION
# KECENDERUNGAN BERSIFAT DENDAM
# AGRESIF, KELAM KABUT UTK MEMBUAT KEPUTUSAN
# KUAT DAYA INGATAN
# GERAK HATI YG SANGAT KUAT
# PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI DAN MEMOTIVASIKAN ORG LAIN
# BERPENYAKIT DISEKITAR KEPALA DAN DADA

Sikap semulajadi anak ke2 :

1. Perangai yang mengambil mudah
2. Patuh arahan
3. Suka berfikir
4. Sensitif tetapi masih rasional
5. Cepat berubah fikiran
6. Pandai mengambil hati
7. Mudah marah dan mudah dipujuk
8. Senang memaafkan tetapi sukar melupakan
9. Sedikit kedekut tetapi boleh bertukar menjadi terlalu boros dalam keadaan tertentu.
10. Suka berahsia

ANAK MANJA EMAK 
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas

So memang ada la yg kena dgn si adik ni so sebagai ibu bapa kenalah pandai handle anak2 yg macam ni tapi selalunya anak2 yg mcm ni lah yg akan berjasa kepada ibu bapa..Sementara nak besar kan adik tapi mama sentiasa berdoa adik akan jadi anak yg terbest wlaupun kuat nangis,kuat buat perangai..cara nak mengatasi akan di continue pada next story hehe....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...