Wednesday, 7 May 2014

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA

Tudia tajuk gah nya kata orang Kedah...boleh tara tu hehe...sebenarnya entri ni dah lama terbuku di hati tapi tak reti pula nak mengolahnya dan mencoretkan.Banyak maklumat yg diperolehi daripada hasil pembacaan tapi sejauh mana kebenaran tak pernah la pula cuba..sekarang baru timbul kesedaran tentang pengurusan kewangan ni ke mana hala tuju kewangan kita,perbelanjaan dan juga merangkumi hutang piutang.Selalu bila dapat gaji guna sahaja dan tak thu ke mana pengaliran wang itu pergi sedar2 dah habis...semenjak 2 menjak ni suka sangat mencarai maklumat bagaimana nak menjadi manusia yg bijak menguruskan tapi masih lg tak bijak.Apa yang ditulis ini adalah hasil dari pembacaan dan pengamatan dan ada sesetengahnya telah dipraktikkan.
Terdapat banyak kaedah untuk mengatur dan mengesan serta menyimpan wang kita..tapi bagaimana?apa yang perlu dilakukan terutamanya bgi yg telah berkeluarga..ok ini adalah berdasarkan pembacaan jelah.

#wujudkan satu buku @fail untuk menulis setiap perbelanjaan pastikan anda menyertakan perbelanjaan tahunan dan perbelanjaan oleh suami dan isteri.
#setiap perbelanjaan harian mestilah ditulis supaya kita dapat mengesan kehadiran wang keluar dan dpt membuat anggaran perbelanjaan bulanan.
#beli barang ikut keperluan bukan kehendak 
#jangan buat hutang tetapi cuba untuk langsaikan hutang yg ada 
-utk bab hutang ni cuba senaraikan semua kategori hutang dan susun bermula dari sikit ke banyak.tanamkan niat utk selesaikan hutang bermula yg sedikit dahulu cthnya :
                     • hutang rumah 
                    •  hutang kereta
                               •  pinjaman pengajian
                            •  pinjaman peribadi
katakan pinjaman plg sedikit adalah pinjaman peribadi oleh itu letakkan sasaran utk melangsaikan htg ini terlebih dahulu.Jika jumlah hutang kita pada setiap bulan ialah RM 2000 maka peruntukkan 10% daripada RM2000 tersebut utk disimpan di dlm satu tabungan khas yg akan digunakan utk membayar hutang.Oleh itu kita akan menyimpan sbnyk RM 200.Contohnya jika kita berjaya melangsaikan hutang peribadi yg sepatutnya kita byr RM200 sbln,bulan seterusnya sepatutnya kita sdh tdk perlu membayar RM200 tapi sebaliknya ambil RM200 tersebut dan masukkan dlm tabungan khas so sekarang tabungan kita akan menjadi RM400 stp bln dan lakukan proses yg sma sehinggalah berjaya menyelesaikan sgla hutang.
#kumpulkan semua barang di rumah yg masih elok tetapi sudah tidak digunakan dan jual.
#buat kerja part time  cth yg pling mudah buat assigment GAPBuster
#Apabila berbelanja cuba simpan 10%daripada perbelanjaan .Contohnya shopping arini habis RM100 so ambil RM10 simpan.
#ada terbaca satu maklumat dia buat Kempen Hijau maksudnya jumpa duit warna hijau iaitu RM5 terus simpan
#Buat satu akaun khas iaitu utk duit masuk shj keluar tidak boleh.Nampak mcm kejam tp dpt mendisplinkan kita
#Jumpa perunding kewangan tapi utk org yg berdisiplin bolehlah klu mcm kami ni rasanya tak boleh kot sebab krg disiplin
#Solat dhuha smga Allah membuka pintu2 rezeki.turunkanlah apa yg ada dilangit dan keluarkanlah apa yg ada di bumi.

Ok so bolehlah kita amalkan bersama sebab kami pn x sepenuhnya buat begini sekadar perkongsian.Orang yang bijak menguruskan wang bukanlah org yg kedekut tetapi org yg boleh menikmati kehidupannya dengan baik dan dlm masa yang sama dpt menabung utk masa depan.Siapa kita pd hati esok ditentukan pada hari ini..sama2 kita bijak berbelanja..
Hai...dah rupa lecturer kewangan plak dah hehe apapun semoga dpt mempraktikkannya...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...