Tuesday, 16 May 2017

Kembalikan Semangat Utk Mencoret

                     Setahun berlalu blog ini bersawang tanpa cerita2 kehidupan..nak menunjukkan betapa sibuknya dan cepatnya masa berlalu..Segala peristiwa dan memori indah yang berlaku pada tahun 2016 tapi sayangnya x sempat nak dicoretkan..semuanya masih segar di ingatan..
                  
                    Bermula dengan kesibukan mama di tempat kerja kerana tahun 2016 adalah ulangtahun Jubli emas Sek Men Teknik Kuantan..ya ampun sibuknya mama sbg ketua jemputan..Macam2 pengalaman berurusan dengan orang2 besar kerabat2 maklumlah perasminya Sultan Pahang..Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya..Habis episod sambut Sultan mama pula apat berita gembira nak sambut orang baru dalam keluarga..due bulan 10.

                    Sibuk dengan sekolah letih dengan keadaan smkn memboyot..x sempat nk mencoret segala kenangan terindah.Bulan 10 adik dilahirkan dan mama terus sambung cuti sehingga cuti sekolah hujung tahun.Tahun 2016 kurang melancong sebab tahun ni bertugas sebagai warden asrama so banyak masa hanya habis di sekolah.Dengan keadaan diri yang kurang bermaya maklumlah usia semakin menua..

                 Cukuplah dulu coretan sekadar mengambil mood utk mencoret kembali kisah-kisah kehidupan ini untuk bacaan anak2 nanti kerana dalam hidup ini yang boleh dikenangkan adalah kenangan yang terindah..so mama akan coretkan segalanya utk tatapan anak2 mama.. gambar akan menyusul kemudian..bukan senang nak memanggil mood ini datang bertandang..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...