Setelah lama merancang,survey tentang harga dan finally berjaya juga kami "Geng Anak Cucu TokTimah" pergi bercuti ke Pulau Pangkor..Sebenarnya idea ni dah lama diutarakan so K.chaq & B.chaq selaku travel agent memulakan aktiviti meng servey..and finally ini hasilnya..walaupun 2 hari 1 malam tapi sangat bermakna buat kami.
Geng rombongan di Jeti Lumut & dlm Feri
Setelah semua ahli rombongan berkumpul di rumah Maksu So kami bertolak pada pukul 7.00 pagi..Semua ahli naik keter masing2..K.chaq and family,Makcik,Maksu dan keter Makndak Yah..Ok perjalanan pun bermula then singgah di R&R Gunung Semanggol untuk breakfast dulu.Masing2 bawa makanan macam2 ada..pukul 10.30 kami bertolak ke Lumut..Alhamdulillah perjalanan sangat lancar.Feri pukul 1.45 so semua excited ni hehe especially anak2 I ler.Sampai di sana dalam pukul 2.30 then ambil van Pink ke chalet.Penat dan lapar nie so sampai di chalet kami pun berkelah makan tengahari pula..
Selesai solat,makan then kami pun mengumpulkan semua ahli untuk aktiviti seterusnya iaitu snorkeling..ada yang xnak pergi tapi selepas diajak semua ahli setuju untuk pergi..Kami dibawa mengelilingi beberapa pulau then singgah pada satu pulau kecil untuk mandi manda dan snorkeling di sebelahnya..
Ahli-ahli nak p snorkeling
Di pulau kami mandi dan snorkeling
Qaisara & Qayyim terlebih excited
muka takut naik bot
Dalam pukul 5 lebih kami balik dari mandi manda and anak2 dara sempat lagi beraktiviti di pantai plak...penat dah then balik bilik mandikan anak2 berehat sekejap.Petang tu sementara menanti matahari terbenam sempat lagi mama ngan papa p pekena nasi goreng kampung dulu hehe...malam nanti nak berbabeque plak...kekenyangan kami malam tu ada ayam,ikan siakap,sotong bakar..tambah dengan nasi goreng dan sausage..sedap sungguh ayam maksu tapi apakan daya perut sudah kekenyangan..Selesai aktiviti bakar membakar kami yang beranak pinak nie mula la nk bagi anak2 tido sebab maka bapak pun dah letih,yang anak2 dara bleh la keluar shopping hehe...
Dating time
Barbeque time
Macam2 ada
Aktiviti esok pagi adalah bebas ada yang p sewa motor naik motor mengelilingi pulau,ada yang dok sambung tidur dan ada yang p mandi laut lagi..Tak terkecuali kami nak mandi laut lagi macam x puas jer mandi semalam so apalagi sebelum balik p main ombak dulu...Ombak boleh tahan kuatnya pagi nie..Jam pun dah menghampiri pukul 10 so kitorang balik ke chalet siap2 utk berangkat pulang. Kami bertolak balik pukul 11then sampai di Lumut pukul 11.30..Semua ahli boleh pergi jalan2 shopping and makan tengahari sekali sebab makan tengahari sendirian berhad hehe..Pukul 1 kami bertolak dari Lumut..plan nak singgah Zoo Taiping tapi apakan daya Allah tidak mengizinkan. Kita merancang Dia yang menentukan segalanya..Dalam perjalanan pulang dekat area Setiawan keter makndak pulak tayar bocor..mujur penumpang semua selamat cuma keter jer tak selamat..nak dijadikan cerita Arisa plak pitam hehe mujur depan klinik waktu tu..so kami pun berkampung le depan klinik dulu menunggu Arisa ok hehe..Singgah dulu kedai tayar untuk tukar tayar..so x jadilah pergi zoo sebab dah lewat.
Tukar tayar dulu
On the way balik singgah dulu beli durian,cempedak rambutan..maklumlah pakat kempunan nak makan durian hehe.
Durian Changkat Jering
Semua dah kepenatan nampaknya so secara rasminya tak jadi la pegi zoo next time kita pergi..Kami sampai di rumah dalam pukul 9 malam..Alhamdulillah walaupun macam2 dugaan tapi semua selamat sampai..Kenangan yang terindah untuk tahun ini tahun depan kita buat lagi..Thanks to all my family..semua sporting and bagi full comitment..Nampaknya tahun depan boleh lagi k.chaq jadi travel agent..
PS: Liyana Villa sangat sesuai untuk percutian budget..bilik luas,owner mesra dan senang kira sangat dekat dengan pantai..Klu nak p snorkeling better bawa makanan bnayak2 sebab makanan di pulau sangat mahal..Nak snorkeling pakailah kasut getah baru tak luka kaki..
No comments:
Post a Comment