Semalam punya cerita...walaupun balik dah lewat tapi memandangkn nak hbskn stok makanan kt umah coz nak blk kg maka terjadilah meatball....mujur ada en google dpt jg merealisasikan hasrat hati ni hehe..thanks to Blog MATHARI,kellazule.blogspot.com...minta halal yer..Bahan x berapa mencukupi so i pn menDIY kn je brg2 yg ada..cth breadcrump xde so amik biskut kering panaskn atas kuali then hancurkan,bawang holland xde so belasah bwang biasa je hehe...cikgu kimia ni memang suka buat eksperimen..ok la sedap cuma pasni kena tambah lada hitam yg ditumbuk utk kuahnya baru lg marvellous...anak dara ku makan hingga menjilat jari so maknanya sedap ler tu hehe perasaannyer mama. Meh la kita kongsi2 resepi ni..
Sumber : kellazule.blogspot.com
Resepi Meatball
200g daging cincang ( Ramly)
Bawang putih 3 biji
Bawang besar sebelah
Bread crumb
1/3 cwn tepung gandum
2 biji telur ( guna 1 biji je smlm)
1 sudu lada hitam
1 sudu lada sulah
3/4 cwn susu segar
Garam
Oregano ( lebihan buat pizza so masukkn je)
Cara-caranya:
-Masukkan semua bahan
- Uli dan jika lembik tambahkan breadcrump
- Letakkan sedikit minyak atas tangan dan bulatkan meatball
- Kukus 10-15 minit dan boleh digoreng dlm minyak panas.
Utk Gravynya:
1 biji bawang besar dipotong dadu dan digoreng layu
2 sudu butter
1 1/2 sudu tpg gndum
1 biji tomato
100 ml susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu lada hitam
Cara-caranya:
-cairkan butter dan masukkan tepung goreng hingga warnanya bertukar keperangan
- masukkan bawang yg tlh digoreng dan tomato
- masukkan semua sos,kicap dan kacau hingga sebati
- sejukkan dan kisar semua bhn
Sekian terima ksh kpd pmilk blog..
Cubaan pertama berjaya cuma perlu tambah lada hitam yg ditumbuk spya aromanya lebih memikat...
No comments:
Post a Comment