Ingin ku rungkaikan apa yg terpendam
Ingin ku selesaikan segala permasalahan
Ingin ku menyelami duniamu
Agar ku tahu apa sebenarnya yg kau lalui
Seperti sia2 harimu
Diriku bukan setakat pendidik
Memberimu ilmu tetapi ingin menjadi pendorong untuk kejayaanmu
Namun apakan daya aku hanyalah insan biasa
Akan ku cuba menjadi yang terbaik buatmu
Ingatlah mencari ilmu ini satu ibadah
Kejarlah rahmat Allah semoga keberkatan sentiasa bersama kita
Aku mampu berdoa,berusaha dan berikhtiar utk kejayaan bersama
Jika kami bersemangat mengharungi segala badai dalam perjuangan ini
Dirimu juga mampu wahai pelajarku
Kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita
Kejarlah apa yg ada di hadapan mata
Supaya tidak menyesal di hari mu
Bangkitlah duhai anak2 didik ku
Kerana Hidup ini satu Perjuangan...
Allahhuakbar...selamatkn hidup kami dan berkatilah apa yang
telah kami lakukan.
Semoga anak didik ku berjaya di dunia dan akhirat
#frust sebab keje rumah diorang x complete...#huhu.......berilah aku ketabahan dan kekuatan dalam menjadi seorang pendidik.
No comments:
Post a Comment